Tuesday 29 November 2011

Cerpen: Biarkan Sendu itu berlalu

Aku hanya wanita biasa  punya cita dan impian. Mampukah aku  menahan takdir andai hari ini aku masih belum berumah tangga? Berdosakah aku andai mahligai yang kudambakan retak di tengah jalan? Aku pernah bercinta dan menyintai tetapi bersalahkah aku andai cintaku tidak kesampaian? 
         Setiap kali aku pulang ke kampung pelbagai pertanyaan menjengah ke cuping telingaku. Lagaknya bagaikan aku sedang dibicarakan. Tidak kurang juga yang memandang sinis terhadapku. Malah anak-anak kecil sudah pandai menggelar ku andartu!
“andartu! andartu balik! andartu balik!”hanya senyuman yang mampu aku lemparkan
“Mereka semua tidak mengerti apa yang telah aku lalui!” getus ku.
 Makcik Kiah teman rapat ibu bagaikan CNN bergerak di kampungku. Dimana ada orang berkumpul disitulah dia berkongsi cerita dan gossip malah, cerita aku juga tidak ketinggalan.
“ Leha anak sulong kau tu bila nak berumah tangga? Sudah 35 tahun kan dia?” kata Makcik Kiah seraya melihat kelibatku melintasi mereka.
“ Itula dulu aku nak jodohkan dengan anak saudara aku dia tak mahu..kalau tidak mesti dah ramai cucu kau sekarang..Kalu tak kawin sekarang nanti siapa nk bela dia tua nanti betul tak Timah?” Tambah Makcik Kiah seraya memandang makcik Timah disebelahnya. Ibu yang seakan-akan memahami aku mencelah 
“Biarla dia Kiah, sekarang kan dah moden ramai yang kawin lambat.Aku cuma berharap Lia dapat jodoh yang baik..yang tidak akan mensia-siakan hidupnya!tak macam orang sekarang kawin hari ini esok bercerai” 
Terima kasih ibu..hanya ibu yang lebih mengetahui derita aku. Ucap hati kecil ku kemudian melangkah masuk merehatkan diri setelah menempuh perjalanan yang jauh. Tidak sanggup aku mendengar mereka membicarakan tentang aku lagi.
         Keesokkanya aku berjalan menyusuri pantai  cuba mencari ketenangan disebalik air yang membiru. Aku merenung di kejauhan mencari  cebisan-cebisan diriku yang hilang. Terasa bagaikan pukulan ombak yang menderu mengerti gelora dihatiku. Sudah lama benar aku tidak merasa begini damai. Aku cuba pejamkan mata dengan harapan aku kembali kesana,disaat-saat manis sewaktu aku mula mengenali cinta lima belas tahun yang lalu.
         Waktu itu aku masih lagi menuntut di sebuah Universiti di Ibu Kota. Pertemuan yang tak sengaja  sewaktu pertama kali pulang dari kampung telah membuahkan bibit-bibit cinta antara aku dan Helmi. Selama tiga tahun kami menyulam cinta tidak pernah sekali pun kami bergaduh bahkan kami saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain.
         Namun, segala-galanya berubah setelah  Helmi tamat pengajian dan mendapat pekerjaan di sebuah syarikat penerbangan yang didambakannya selama ini. Sejak itu sikap Helmi semakin dingin, semakin jauh dari ku . Perbualan kami tidak semanis dulu malah menjadi semakin hambar dan tawar. Sehinggalah sewaktu aku baru menjejakkan kaki di pekan kecil Manjung. Impianku untuk berkongsi kegembiraan takkala baru mendapat pekerjaan sebagai Kerani di sebuah syarikat kontraktor bumiputera menjadi titik akhir dalam perhubungan kami. Helmi meninggalkan aku! Aku menangis semahu-mahunya tiga tahun kami menyulam cinta dan akhirnya aku ditingglkan hanya melalui sebuah pesanan ringkas yang dihantarnya.
“Lia..maafkan Helmi ..rasanya hubungan kita semakin hambar dah tawar.. Helmi tahu memang ini salah Helmi…Lebih baik kita berpisah..Lia terlalu baik anggap saja ini kesalahan Helmi..Selamat tinggal!” 
Semudah itu Helmi meninggalkan aku?bagaimana dengan kenangan dan janji-janji manis sepanjang tiga tahun kami bersama?apa salahku?
Jantungku bagaikkan dirobek..terasa sangat perit untuk aku menikmati udara disekelilingku..dunia bagaikan gelap seketika. Di tanah asing ini tiada siapa untuk aku berkongsi rasa duka. Hanya kepada-NYA tempat aku mengadu dan mencari ketenangan. Aku menangis semahu-mahunya tanpa sedar aku terlena dalam sujudku.
         Sebulan selepas itu aku mendapat panggilan dari Kakak Helmi bahawa dia telah pun kembali dengan kekasih lamanya. Seorang pendidik !tidak seperti aku yang hanyalah seorang kerani dengan pendapatan RM800 sebulan. Mungkin mereka akan bertunang tidak lama lagi! Aku pasrah.. air mata yang bersisa aku seka dengan hujung lengan baju kurungku kemudian, aku meneruskan kayuhanku untuk menuju ke pejabat.
“Untung ada kau basikal!kalu tidak terpaksalah aku berjalan kaki hari-hari ke pejabat. Kau jelah harta yang aku ada sekarang”getusku cuba menahan sebak.
         Benarlah kata orang masa mampu merubat segalanya.Aku bersyukur kerna aku masih bisa bangkit dari kekecewaan lalu. Siapa sangka teknologi yang cangih berjaya menemukan aku dengan Fahri. Seorang Jurutera tampan yang baru mencipta nama. Baik budi pekerti dan sangat menjaga tata susila malahan, sangat disenangi keluargaku.
        Pertemuan pertama yang cukup bermakna bagiku. Atas ketulusan hatinya Fahri sanggup bertandang buat pertama kalinya ke Manjung menemui ku. Hanya tuhan sahaja yang tahu debaran hatiku waktu itu. Terima kasih buat Kak Su yang sudi menjadi peneman setia ku.
“Handsomenye Lia!! Itulah ayat pertama yang terpacul keluar dari mulut Kak Su takkala kelibat Fahri kelihatan. Ternyata orang dan gambarnya begitu berbeza sekali. Lebih kacak! Aku tersipu-sipu malu! Tidak banyak yang kami bualkan ketika itu hanya saling memandang dan tersenyum.
 Keesokanya kami membuat kuputusan untuk berjalan-jalan menikmati keindahan Pulau Pangkor. Tidak ku sangka Fahri peramah orangnya. Pelbagai cerita kami kongsi bersama ,bergurau senda hinggakan kami hampir terlepas feri terakhir untuk pulang. Sejak itu, aku kerap menerima kunjungan Fahri.Tanpa sedar cintaku mulai berputik buat lelaki itu.
Fahri…Cinta yang dihulurkanya ternyata berbeza dengan cintaku sebelum ini. Fahri menerima aku seadanya..sentiasa ada disisi saat aku memerlukannya,mengajar aku tentang erti kehidupan, kematangan dan lebih mendekatkan aku dengan yang maha Esa. Malahan, walaupun berjauhan kami kerap berpuasa bersama dan saling mengingati saat tibanya seruan azan. Sejak itu, hidup aku tidak pernah sunyi. Acap kali aku menerima ‘surprise’ visit daripadanya termasuk pemberian sebuah dompet kulit yang dikirimkan ke pejabatku. Sehingga hari ni aku aku masih bingung bagaimana Fahri tahu aku telah kehilangan dompetku?mugkinkah daripada Kak Su? Telahku.
         Setelah genap setahun perkenalan kami aku membawa Fahri menemui keluargaku ternyata kunjungannya amat disenangi kedua ibu bapa dan adik-adikku.
“ Eh, Fahri buat apa tu?bukankah Fahri sudah solat tadi?”
“ Fahri solat syukur kerana dapat bertemu keluarga Lia!” Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku sewaktu mendengar tuturan Fahri itu.
Namun, sejak akhir-akhir ini Fahri semakin menyepikan diri. Hatiku menjadi gusar tanpa sedar aku mendapat perkhabaran  dari temanku bahawa Fahri telah menjadi tunangan orang. Hampir pengsan takkala berita itu menjengah pendengaranku. Malah aku hampir kemalangan kerna aku benar-benar tidak sangka bahawa Fahri sanggup memperlakukan aku seperti itu! Sekali lagi aku kecewa!
          Menurut Fahri dia telah ditunangkan tanpa pentahuannya demi menjaga hubungan baik keluarga mereka yang telah lama terputus dahulu. Aku menangis lagi. Patutlahlah aku kerap kali menerima sms pelik dari Fahri kebelakangan ini.
“Lia, ingat ya walau apa pun yang terjadi Lia adalah yang terbaik dalam hidup Fahri!”
“Fahri akan sentiasa menyayangi Lia sehingga hujung nyawa!selama-lamanya ingat tau Lia”
“Eh, kenapa ni?bunyinya mcm Fahri nak tinggalkan Lia aja” balasku seraya tersenyum. Tidakku sangka gurauanku  itu menjadi kenyataan.
Masih segar di ingatanku kunjungan  terakhir Fahri.
“Lia sabar la Lia! Fahri akan terangkan kepada Ibu Siti. Fahri yakin Ibunya akan memahami keadaan kita. Fahri tidak cintakan Siti..Lia! Hanya Lia yang Fahri inginkan!”
Aku merenung wajah Fahri yang sayu dan pandangan matanya yang berkaca
“Sudahlah Fahri, kita perlu menerima hakikat!”
“Tidak Lia..kita masih ada kesempatan lagi!”
Tiba-tiba Fahri mendapat panggilan dari keluarganya mengatakan bakal ibu mertuanya kemalangan dan menghembuskan nafas yang terakhir sewaktu di dalam perjalanan ke hospital.
Astaqfirullahalazim!! akhirnya aku sedar sebagai manusia  kita hanya mampu merancang tapi kesudahannya hanya Allah yang maha mengetahui.
“Fahri,kita tidak mampu melawan kudrat Ilahi. Mungkin ada hikmah disebaliknya..anggaplah tiada jodoh antara kita! Sekarang Siti adalah amanah Allah buat Fahri, dia telah menjadi anak yatim janganlah kita menambah dukanya. Teruskanlah berkahwin denganya.” Tuturku terketar-ketar seraya melangkah pergi dengan juraian air mata.  
“Lia..Lia…tunggu Lia!” aku meneruskan langkahku tanpa menoleh kembali kepada Fahri.
         Tanpa  aku sedari telah sepuluh tahun perstiwa itu berlaku.  Mungkin Fahri sudah memiliki beberapa orang cahaya mata telahku. Doaku semoga dia senantiasa bahagia. Bagiku menyintai tidak semestinya memiliki. Kini,aku masih lagi dalam pencarian semoga di hujung sana akan kutemui Cinta sejatiku. Kasih….bawalah pergi senduku ini…… 

2 comments:

  1. fahri ke fahrin? ahahah ;p
    btw better continue je story ni biar lia jumpa cinta hati beliau sampai kawen..just my opinion..gud job as!

    ReplyDelete
  2. thanks Din..hehe Fahrin??opssss kantoi plak huhuu..

    ReplyDelete