Saban pagi aku tidak pernah lekang mendengar HOT FM bersiaran. Topik yang di bualkan agak menarik untuk dikupas.."Bagaimana memujuk pasangan anda yang merajuk???”...hmmmm merajukkk...selalu kite tertanya-tanya bagaimana nak memujuk perempuan SOooo bagaimana pulak lelaki???
Menarikkan?? Hehe But firstly jom intai-intai kenapa Lelaki merajuk..
Emosi Lembut????Mungkin lelaki sebegini punya emosi yang lembut.Lelaki juga ada "soft spot' mereka.Ini bermakna apabila berlaku sesuatu kejadian atau mereka mengalami perkara yang menyentuh hati,mereka cepat sensitif....Takpun "mungkin ada lelaki yang kuat merajuk tetapi di sebabkan ego yang tinggi, dia tidak menunjukkannya di hadapan orang lain.Ada juga yang sebaliknya,kerana mahu di pujuk dan di beri perhatian"
Mungkin jugak "lelaki merajuk kerana ingin belaian daripada pasangan mereka atau orang yang mereka yang sayangi.Tapi jika lelaki itu mudah merajuk dan sensitif tidak bermakna hilang macho dia....hehehe...Lelaki pun ada perasaan jugakkan....."Oleh itu bukanlah perkara luar biasa jika ada lelaki yang memiliki emosi, mudah merajuk dan sensitif.Korang jangan pulak hairan hehehe....Apa perlu buat adalah mencari sebab kenapa lelaki merajuk.
Tanda-Tanda Lelaki Merajuk...
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…
pernah ke korang melihat situasi atau tanda-tanda ini kat kawan lelaki atau boyfriend korang, jika pernah SAH dorang tengah merajuk hahahaha.
Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka
Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..
So.....Macam mana nak P.U.J.U.K????
Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Actually aku tak ada experiance pun teman lelaki merajuk coz maybe aku yang suke merajuk dulu kot huhu...tapi ini adalah apa yang dapat aku temui melalui pengalaman orang-orang lain mungkin sedikit experience dari adik-adik lelaki yang sangat la manja and suka merajuk...not to me but their girlfen..so akak die ni la yang terpaksa jadi middle person utk memujuk..aduhhhh hehe..
~Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah~
No comments:
Post a Comment