Monday 5 December 2011

Kau Permata~~

Haritu adalah hari pertama aku melangkah ke menara gading...bertemu dengan seorang lecturer separuh abad yang masih sihat dan segak...En Adam Ahmad...begitu sabar dengan kerenah studentnya lebih2 lagi aku.....2 jam bersama membuatkan aku cukup teruja....pelbagai soalan aku utarakan waktu itu memandangkan HRM adalah subject kegemaranku....tanpa sebarang rungutan satu persatu jawapan diberikan...
        
         Tapi siapa sangka perkenalan kami begitu singkat...belum pun berakhir semesta pertama....beliau telah pergi menyahut seruan Ilahi....Ya Allah..sesungguhnya kau lebih mengetahui sesuatu yang tidak tercapai oleh akal kami..jodoh..pertemuan...sakit dan mati...siapalah kami untuk mempersoalkannya...Kau rahmati lah "permata" kami..semoga beliau berbahagia di sana...amin ya rabbal Alamin....

"A good-bye is never painful unless you’re never going to say hello again"

Saturday 3 December 2011

My Dear Sony Ericsson W995~~

Sayang.....


         Masih kah kau ingat pertemuan kite 3 tahun yang lepas..sejak pertama kali aku melihatmu..meniti iklan di television serta di dada-dada akhbar??..hati ini berasa telah terpaut..Ibarat cinta pertama... ^_~ Ciri-ciri mu yang menarik serta gayamu yang elegan..telah berjaya menambat hariku..lantas tanpa berfikir panjang aku mengeluarkan hampir RM3,000 untuk memilikimu


         Namun kini mengapa kau semakin berubah???? adakah kerna aku tidak menjagamu dengan baik??suara mu yang lunak semakin sukar untuk ku dengari...paparan screen mu yang berwarna-warni bertukar menjadi hitam...malah aku sudah tidak berdaya meghantar sms mahupun mendengar suara pemanggil??adakah engkau sudah tidak mampu berkhidmat kepada ku???haishhhh...sudah 3 kali kita bertemu pakar..tp..hasinya tetap sama selepas 3-4 bulan penyakit yang sama akan datang menyerang..tak sanggup rasanya untuk aku menukar kau dengan yang baru..T_T

Tuesday 29 November 2011

Cerpen: Biarkan Sendu itu berlalu

Aku hanya wanita biasa  punya cita dan impian. Mampukah aku  menahan takdir andai hari ini aku masih belum berumah tangga? Berdosakah aku andai mahligai yang kudambakan retak di tengah jalan? Aku pernah bercinta dan menyintai tetapi bersalahkah aku andai cintaku tidak kesampaian? 
         Setiap kali aku pulang ke kampung pelbagai pertanyaan menjengah ke cuping telingaku. Lagaknya bagaikan aku sedang dibicarakan. Tidak kurang juga yang memandang sinis terhadapku. Malah anak-anak kecil sudah pandai menggelar ku andartu!
“andartu! andartu balik! andartu balik!”hanya senyuman yang mampu aku lemparkan
“Mereka semua tidak mengerti apa yang telah aku lalui!” getus ku.
 Makcik Kiah teman rapat ibu bagaikan CNN bergerak di kampungku. Dimana ada orang berkumpul disitulah dia berkongsi cerita dan gossip malah, cerita aku juga tidak ketinggalan.
“ Leha anak sulong kau tu bila nak berumah tangga? Sudah 35 tahun kan dia?” kata Makcik Kiah seraya melihat kelibatku melintasi mereka.
“ Itula dulu aku nak jodohkan dengan anak saudara aku dia tak mahu..kalau tidak mesti dah ramai cucu kau sekarang..Kalu tak kawin sekarang nanti siapa nk bela dia tua nanti betul tak Timah?” Tambah Makcik Kiah seraya memandang makcik Timah disebelahnya. Ibu yang seakan-akan memahami aku mencelah 
“Biarla dia Kiah, sekarang kan dah moden ramai yang kawin lambat.Aku cuma berharap Lia dapat jodoh yang baik..yang tidak akan mensia-siakan hidupnya!tak macam orang sekarang kawin hari ini esok bercerai” 
Terima kasih ibu..hanya ibu yang lebih mengetahui derita aku. Ucap hati kecil ku kemudian melangkah masuk merehatkan diri setelah menempuh perjalanan yang jauh. Tidak sanggup aku mendengar mereka membicarakan tentang aku lagi.
         Keesokkanya aku berjalan menyusuri pantai  cuba mencari ketenangan disebalik air yang membiru. Aku merenung di kejauhan mencari  cebisan-cebisan diriku yang hilang. Terasa bagaikan pukulan ombak yang menderu mengerti gelora dihatiku. Sudah lama benar aku tidak merasa begini damai. Aku cuba pejamkan mata dengan harapan aku kembali kesana,disaat-saat manis sewaktu aku mula mengenali cinta lima belas tahun yang lalu.
         Waktu itu aku masih lagi menuntut di sebuah Universiti di Ibu Kota. Pertemuan yang tak sengaja  sewaktu pertama kali pulang dari kampung telah membuahkan bibit-bibit cinta antara aku dan Helmi. Selama tiga tahun kami menyulam cinta tidak pernah sekali pun kami bergaduh bahkan kami saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain.
         Namun, segala-galanya berubah setelah  Helmi tamat pengajian dan mendapat pekerjaan di sebuah syarikat penerbangan yang didambakannya selama ini. Sejak itu sikap Helmi semakin dingin, semakin jauh dari ku . Perbualan kami tidak semanis dulu malah menjadi semakin hambar dan tawar. Sehinggalah sewaktu aku baru menjejakkan kaki di pekan kecil Manjung. Impianku untuk berkongsi kegembiraan takkala baru mendapat pekerjaan sebagai Kerani di sebuah syarikat kontraktor bumiputera menjadi titik akhir dalam perhubungan kami. Helmi meninggalkan aku! Aku menangis semahu-mahunya tiga tahun kami menyulam cinta dan akhirnya aku ditingglkan hanya melalui sebuah pesanan ringkas yang dihantarnya.
“Lia..maafkan Helmi ..rasanya hubungan kita semakin hambar dah tawar.. Helmi tahu memang ini salah Helmi…Lebih baik kita berpisah..Lia terlalu baik anggap saja ini kesalahan Helmi..Selamat tinggal!” 
Semudah itu Helmi meninggalkan aku?bagaimana dengan kenangan dan janji-janji manis sepanjang tiga tahun kami bersama?apa salahku?
Jantungku bagaikkan dirobek..terasa sangat perit untuk aku menikmati udara disekelilingku..dunia bagaikan gelap seketika. Di tanah asing ini tiada siapa untuk aku berkongsi rasa duka. Hanya kepada-NYA tempat aku mengadu dan mencari ketenangan. Aku menangis semahu-mahunya tanpa sedar aku terlena dalam sujudku.
         Sebulan selepas itu aku mendapat panggilan dari Kakak Helmi bahawa dia telah pun kembali dengan kekasih lamanya. Seorang pendidik !tidak seperti aku yang hanyalah seorang kerani dengan pendapatan RM800 sebulan. Mungkin mereka akan bertunang tidak lama lagi! Aku pasrah.. air mata yang bersisa aku seka dengan hujung lengan baju kurungku kemudian, aku meneruskan kayuhanku untuk menuju ke pejabat.
“Untung ada kau basikal!kalu tidak terpaksalah aku berjalan kaki hari-hari ke pejabat. Kau jelah harta yang aku ada sekarang”getusku cuba menahan sebak.
         Benarlah kata orang masa mampu merubat segalanya.Aku bersyukur kerna aku masih bisa bangkit dari kekecewaan lalu. Siapa sangka teknologi yang cangih berjaya menemukan aku dengan Fahri. Seorang Jurutera tampan yang baru mencipta nama. Baik budi pekerti dan sangat menjaga tata susila malahan, sangat disenangi keluargaku.
        Pertemuan pertama yang cukup bermakna bagiku. Atas ketulusan hatinya Fahri sanggup bertandang buat pertama kalinya ke Manjung menemui ku. Hanya tuhan sahaja yang tahu debaran hatiku waktu itu. Terima kasih buat Kak Su yang sudi menjadi peneman setia ku.
“Handsomenye Lia!! Itulah ayat pertama yang terpacul keluar dari mulut Kak Su takkala kelibat Fahri kelihatan. Ternyata orang dan gambarnya begitu berbeza sekali. Lebih kacak! Aku tersipu-sipu malu! Tidak banyak yang kami bualkan ketika itu hanya saling memandang dan tersenyum.
 Keesokanya kami membuat kuputusan untuk berjalan-jalan menikmati keindahan Pulau Pangkor. Tidak ku sangka Fahri peramah orangnya. Pelbagai cerita kami kongsi bersama ,bergurau senda hinggakan kami hampir terlepas feri terakhir untuk pulang. Sejak itu, aku kerap menerima kunjungan Fahri.Tanpa sedar cintaku mulai berputik buat lelaki itu.
Fahri…Cinta yang dihulurkanya ternyata berbeza dengan cintaku sebelum ini. Fahri menerima aku seadanya..sentiasa ada disisi saat aku memerlukannya,mengajar aku tentang erti kehidupan, kematangan dan lebih mendekatkan aku dengan yang maha Esa. Malahan, walaupun berjauhan kami kerap berpuasa bersama dan saling mengingati saat tibanya seruan azan. Sejak itu, hidup aku tidak pernah sunyi. Acap kali aku menerima ‘surprise’ visit daripadanya termasuk pemberian sebuah dompet kulit yang dikirimkan ke pejabatku. Sehingga hari ni aku aku masih bingung bagaimana Fahri tahu aku telah kehilangan dompetku?mugkinkah daripada Kak Su? Telahku.
         Setelah genap setahun perkenalan kami aku membawa Fahri menemui keluargaku ternyata kunjungannya amat disenangi kedua ibu bapa dan adik-adikku.
“ Eh, Fahri buat apa tu?bukankah Fahri sudah solat tadi?”
“ Fahri solat syukur kerana dapat bertemu keluarga Lia!” Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku sewaktu mendengar tuturan Fahri itu.
Namun, sejak akhir-akhir ini Fahri semakin menyepikan diri. Hatiku menjadi gusar tanpa sedar aku mendapat perkhabaran  dari temanku bahawa Fahri telah menjadi tunangan orang. Hampir pengsan takkala berita itu menjengah pendengaranku. Malah aku hampir kemalangan kerna aku benar-benar tidak sangka bahawa Fahri sanggup memperlakukan aku seperti itu! Sekali lagi aku kecewa!
          Menurut Fahri dia telah ditunangkan tanpa pentahuannya demi menjaga hubungan baik keluarga mereka yang telah lama terputus dahulu. Aku menangis lagi. Patutlahlah aku kerap kali menerima sms pelik dari Fahri kebelakangan ini.
“Lia, ingat ya walau apa pun yang terjadi Lia adalah yang terbaik dalam hidup Fahri!”
“Fahri akan sentiasa menyayangi Lia sehingga hujung nyawa!selama-lamanya ingat tau Lia”
“Eh, kenapa ni?bunyinya mcm Fahri nak tinggalkan Lia aja” balasku seraya tersenyum. Tidakku sangka gurauanku  itu menjadi kenyataan.
Masih segar di ingatanku kunjungan  terakhir Fahri.
“Lia sabar la Lia! Fahri akan terangkan kepada Ibu Siti. Fahri yakin Ibunya akan memahami keadaan kita. Fahri tidak cintakan Siti..Lia! Hanya Lia yang Fahri inginkan!”
Aku merenung wajah Fahri yang sayu dan pandangan matanya yang berkaca
“Sudahlah Fahri, kita perlu menerima hakikat!”
“Tidak Lia..kita masih ada kesempatan lagi!”
Tiba-tiba Fahri mendapat panggilan dari keluarganya mengatakan bakal ibu mertuanya kemalangan dan menghembuskan nafas yang terakhir sewaktu di dalam perjalanan ke hospital.
Astaqfirullahalazim!! akhirnya aku sedar sebagai manusia  kita hanya mampu merancang tapi kesudahannya hanya Allah yang maha mengetahui.
“Fahri,kita tidak mampu melawan kudrat Ilahi. Mungkin ada hikmah disebaliknya..anggaplah tiada jodoh antara kita! Sekarang Siti adalah amanah Allah buat Fahri, dia telah menjadi anak yatim janganlah kita menambah dukanya. Teruskanlah berkahwin denganya.” Tuturku terketar-ketar seraya melangkah pergi dengan juraian air mata.  
“Lia..Lia…tunggu Lia!” aku meneruskan langkahku tanpa menoleh kembali kepada Fahri.
         Tanpa  aku sedari telah sepuluh tahun perstiwa itu berlaku.  Mungkin Fahri sudah memiliki beberapa orang cahaya mata telahku. Doaku semoga dia senantiasa bahagia. Bagiku menyintai tidak semestinya memiliki. Kini,aku masih lagi dalam pencarian semoga di hujung sana akan kutemui Cinta sejatiku. Kasih….bawalah pergi senduku ini…… 

Sunday 27 November 2011

Me & A Cup of Hazelnut White Coffee ^_~

Alhamdulilah.....Muharram 1433..tiba lagi...Tahun baru Hijrah yang sangat besar pengertiannya..tak tertanding dengan tahun baru masihi yang di sambut berya-riya di sana-sini..alhamdulilah aku diberi peluang oleh yang  maha Esa untuk merasai nikmatNya...aminnnn ya rabbal alaminnnn...
         Since hari ni most of my frenz balik kg.. and bercuti..why not aku pun buat activity sendiri..menarik kan???   Memandangkan hari hujan maka x dapat la nk berjoging dekat taman tasik kelana Jaya..so aku decide meredah hujan..menikmati a Cup of Hazelnut White Coffee..tempting kan? ^_~




        So berbekal kan sebuah lappy...aku pun start ler browsing...blog to blog..FB...and aper lagi layan cite Korea ler....Best jgk... environment kat cni  menarik & tenang...lagu2 yang berkumandang pun best & relaxing. ^_~
          Sedang aku sibuk check in ? tibe2 satu soalan memeranjatkan tibe  Sya: dah halal ker Oldtown???? serius aku x tahu langsung yang Oldtown x halal T_T!!!!!!!!! Coz logo halal terang benderang pamer dekat depan premis ni...Ya Allah..takutnyer...so aku pun search la http://www.halaljakim.gov.my/  nasib baik makanan yang aku minum & makan listed dalam directory halal Jakim..fuhhhhhh....Heart Attack sekejap @_@ hehe...
       






Monday 21 November 2011

Bola oh Bola *_*

Actually aku bukanlah peminat fanatik bola..x reti pun nak tengok MU ker Chelsea ker etc..tp bile melibatkan perlawanana  M'sia menetang negara lain..aku pulak yang terlebeh excited...huhu Misalnya  sejak Harimau Muda menetang Indonesia last time lagi aku yang paling teruja...awal-awal dah inform my housemate..tgk dekat rumah jer..atlease tak derla aksi terlapau kiterang..jeritan ker....jadi tontonan ramai...sokong-sokong jugak kan?adap sopan pun kene amek kire jgk ( kunun la ^_~)
          Tapi malam ni mmg best..since tak nak miss game kiterang bedal meggi jer mlm ni..jadila dari tak makan langsung kan? tp nak mkn pun tak lalu..coz baru start jer games Garuda dah bolos 1 jaringan..hampeh...nak buat kerja lain pun serba tak kene takut nak tggai sayanggg ..so tengokle dulu huhu.. dalam pada tu kiterang ttp update FB...wajib tu...gilir2 aku dengan nina..updating.. commenting .. chatting ....menarik kan??? 
          Ape pun thanks yer nina TEPOKKAN demi TEPOKKAN yang nina nak kasi dekat pemain garuda tu TERSINGGAH dekat akak...really appreciated it !_! rase mcm dapat massage free jer mlm ni..esok kalu akak tak bangun tu paham-paham jer la..hulur-hulur ler duit ubat huhu.
          Anyway..Congrats Harimau Muda!!!! Yahoooo.... Boleh tido dengan senyuman hehe   


The true “Warrior” is those who gain victory not for the sake to winning the battle but for wut he wish to “Protect”~~Asliza Abidin

Sunday 20 November 2011

Wud it be Excellent Or Worse?????

Sejak dah keje & belajar ni rase semua mase bergerak laju jerrr...lebeh kilometer la katekan  ^_~ sumtimes mmg x sempat nak chek IClass...last minit baru la tau ader assignment la..test ler...so perpeluh ler nak settlekan semua +kerja yang bertimbun-timbun neh... as usual berjaya jugak aku harungi..


My BFF selalu ckp aku ni byk ckp so no hal  nak wat presentation ker or wut so ever..tp 1 bender yg derang x tau aku ni ader "stage fear"!!!! before nk present or perform giler confident tp bile dah dekat depan semua org rase..nk pengsan pun ader huhuuu....kaki terase berat...feluhhh pun sume nak kuar..adehhhh @_@


So siang tadi adalah 1st performance aku wif my team... our job is to find a Journal berkaitan dgn personal developement then buat performance based on that Journal...the best part our Journal is very interesting.  
Are We Having Fun Yet?? (best kan??^_~)

A consideration of workplace fun & engagement by
Sharon C. Bolton
Strathclyde University Business  School,Glasgow U.K
Maeve Houlihan
University College Dublin, Dublin Ireland 


Actually  pg tadi baru kiteorang fikikan idea ..aku cari lagu..then just go for it without a single script. terasa riak di situe heheh..nasib kiterorg team no 8 so x der la ramai sgt yang setia menanti..tambah-tambah budak2 lelaki  sume dah balik...Yahooooo.....x der la sogan denn...


Betul la kate org semua tu mind set if we told our self that it is okey..then semua jadi key jer... walaupun x der script tp semua org berjaya menjaya kan watak  masing-masing...


aku: Customer Service (CSR)
yang stresss jwb call kene marah dgn customer & leader


Shela:Team Leader
leader yang baikk.. kununnye before present nak ckp elok2 dgn aku turn up marah aku balik sbb die pun kene marah jgk sbb tak kasi counselling dekat aku..then


Shimir: Manager 
manager yang tegas & hanya fikirkan pasal service level & bile ader yang x kene mengamuk siap campak2 kertas..


Giler x sangke  aku blh pulak buat scene menageh jwb call..even da crowd siap ketawa terbahak-bahak tgk kiterang + siap join karaoke sekali....cayalahhhhh the best crowd ever... ^_~


Sorry la  xder video kalu x blh share dekat cni..x sempat nak pk dah time tu..cuak ler katekan  huhuuuu...


So overalll walaupun preparation kiterang a few hour before the presentation but hasilnyer sgt memuaskan..alhamdulilah...


So kat cni aku nak share dengan koragn karaoke lagu Stay the Same...



Chorus
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you¹re better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there¹s nothin' 'bout you I would change.

Verse
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

Chorus

Bridge
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

Chorus 

Life is a never ending Journey....Sooooo V.A.L.U.E your L.I.F.E and People around You!!~~Asliza Abidin
Chowwwwww ^_~

Thursday 17 November 2011

Unforgettable Journey with TM ^_~

         Why i chose KTM at first? Coz i want to spent more time wif family +malas nk balik awal walaupun dah 5 hari cuti he he..sayangnye nk tinggal gebooo n belang..jenjalan dgn mak & adik..smbg dgn abh..rase x cukup la mase ( alasan sgttt kan??!! ^_~) 
          
          Memule tu terlambat 5 minit okey nyaris2 x dapat tiket..but thanks to Pakcik Salleh dapat jgk he he..mase memula dgr suare pakcik tu dalam hati “pakcik ni ckp mcm DJ la!” hehe serius kalu die muda lagi gerenti blh ganti Halim Othman huhuuuu..
         
         Mase tggu abah balik sempat lagi aku tgk cite korea Heartstrings 5 episode dgn nida he he. Mak lepas solat mghrib dah keluar join kwn die pg majlis PIBG Sekolah Kamunting. So terpakse la pick her up dekat dewan Kamunting..berbekal kan kecekapan abh (termasuk langgar bonggol yg hampir membuatkan kami terbang 3 saat @_@ ) sampai jugak kiteorg ke stesen keretapi fuhhhh lega he he
        
           Ingat lagi my seat number was 19B.....ingat yer kawan-kawan  19B!!!! Tau tak kenape? ????  bestttttt sgt!! Sbb sebelah die tong sampah then 2 langkah jer  ada pintu antara gerabak...so mcm mane nak tido??? Dah ler cuak ader 2-3 org merokok kat ctu +ketawa yg agak menyeramkan..giler suspicious dah ler dekat 6 taun  x naikkkk...adoiiiii..nitemare kejap...
          
          Haisyhhhhh...nasib baik la jiran sebelah ader...mule2 tu segan nak tegur..nyenyak jer tido.siap dgn gaya blh tahan jgk la he he opsss!!!  So there’s begin my unforgettable 5 1/2 hour Journey...giler x sangka “peramah rupenye budak ni!” ker aku yg terlebeh peramah??huhuu ok la boleh sembang2...mcm-mcm jgk sembang rase mcm kenal lame dah...gelak-gelak...perasan la jgk untie India kat seat depan mcm usha2..kuat sgt kot kiterang ketawa huhuuu??? Hehe so x der la terase mengantukkk...Sampai Tanjung Malim die pun turun..Thanks yer Kimie for the overwhelming conversation...really appreciated it!! ^_^
          
          There’s begin my beautiful friendship wif new ppl i met..seriously cleared my thought..we never knew wut god has planned for us..jus go a head..value your life..meeting wif new ppl & gain as much experience possible..

~~Jalan terbentang Luas untuk ku tempuhi tidak kelihatan kerana aku baru menjejaki~~

Rahsia Diary Ungu-Part 1

            C.I.N.T.A …kata orang cinta itu buta? Cinta  kadang kala amat membahagiakan malah bisa juga memberikan penderitaan. Bagaimana pula cintaku?adakah segagah cinta Laila dan Manjun atau Cinta Shah Jehan dan muntaj mahal?
           Penaku menari-nari mencoret kembali setiap cebisan kenangan ku tak kala mula mengenali cinta. Masih tersimpan kemas memori sewaktu aku mengenalinya. Kata-kata terakhir  Imran sebelum berangkat ker Amerika. ‘Live your life to the fullest!” ingat yer Lea . Tersenyum segak seraya melangkah menuju ke balai pelepasan. Sudah 5 tahun masa berlalu dan sepanjang tempoh itu juga aku tidak pernah menemui Imran. Mungkinkah dia sudah lupakan aku??
          Pandangan aku terarah pada sebuah diary ungu,  didalamnya tersemat segala perasaan ku terhadap Imran. Terdapat sekeping gambar di dalamnya. Aku dan Imran  sewaktu kami berkelah bersama . Aku  menarik telinga imran dan dia menjerit kesakitan. Sungguh lucu! Alangkah indahnya andai aku bisa kembali ke waktu dulu akan aku luahkan segala perasaan ku terhadapnya.
          Sepanjang  5 tahun diari ibarat temanku segala rasa suka dan duka aku coretkan didalamnya. Ianya bermula dengan sebuah diari ungu pemberian Imran dan sejak itu aku tidak pernah lupa untuk  titipkan segala galanya tentang aku.

Dear Diari,
Sudah 5 tahun kenapa dia tidak kembali? Tidakkah dia merindui aku? Kan bagus kalau mesin masa itu wujud  boleh aku kembali kewaktu itu sewaktu aku dan imran sama-sama gembira mencari rama-rama di hutan. Gilakah aku menyintai seorang seawal usiaku 10 tahun? Ya aku memang gila!!Tapi sekarang aku dah pun 22 tahun. Tak salahkan aku menyintai dia? Lagi pun jarak usia kami hanyalah 5 tahun sekarang imran dah pun 27 tahun. Semoga esok lebih indah!! Selamat malam!!

Bersambung.....

Sunday 13 November 2011

Masa Oh Masa!!!!

        Kalau nak bercakap tentang masa ramai yang akan menjawab masa itu E.M.A.S. Namun bagaimankah pengurusan masa yang efektif? aku sendiri tertanya-tanya mungkin sebab aku sendiri belum berjaya menguruskan masa dengan betul. Haisssyhh..terasa sungguh berat bekerja,belajar & keluarga (anak sulung so fhm2 la kan?^_^) 


       Envi betol dengan mereka yg telah bekeluarga,memiliki anak yang ramai,bekerja & belajar ttp masih mampu melakukan semua itu dengan baik...Contoh terdekat adalah tok ayah..tabikkk spring utk tok ayah berusia 52 tahun dan berjaya memiliki master dan bakal menyambung PHD tahun hadapan....semangat cintakan ilmu yang tidak pernah luntur..seorang pendidik yang hebat dan sangat membanggakan...proud of u tok ayah:)


      So skrg apa patut aku buat?? buat jadual? atau ada kaedah lain yang lebih baik yang boleh aku gunakan? Kalau ada kawan-kawan diluar sana yg mempunyai idea mungkin boleh kita kongsi sama-sama...X kisahla macam mana pun aku..TETAP!!..PERLU!!..HARUS!!..BERJUANG & BERUSAHA untuk lakukan SEHABIS BAIK!! sehingga ke akhirnya..FIGHTING!!FIGHTING!! ^_~





Saturday 12 November 2011

Selamat Pengantin Baru..


Padi Rumbi ditampi-tampi
Isi keladi beremi & turi
Hari bahagia dinanti-nanti
Resmi jadi Suami Isteri


Alhamdulilah selesai sudah majlis yang dinanti-nanti..sejuta ucapan tahniah buat sahabat baik ku Nor Aishah binti Bakar & Suami semoga berbahagia hinga ke Syurga...aminnn....



CoNgraTuLatiOn~~~

Wednesday 12 October 2011

Apa Itu C.I.N.T.A?

APA ITU CINTA? Menurut Ayatull Husna..



Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Recited by Ayyatul Husna

Thursday 14 July 2011

It's time for MuVie: Limitless (2011)


Hi Korang ...mcm mane hari korang hari ini?? Ceria? sedih? or Stress??
Ape kate korang relax-relaxkan diri korang dengan tengok movie ni....those yang dah tgk wayang and nak tgk lagi movie ni dekat rumah..sangat dialu-alukan... 

WATCH TRAILER
So mesti korang tertanye-tanye kan kenape aku pilih cerita ni?
Jawapannye adalah seperti berikut :)

1. Lain dari yang lain -selalu kalu cite pasal dadah mesti lalok la, hidup mcm sampah la, jadi perompak la...etc...tp yg ni x der sume tu...hidup jd lebih baik..dr malas jd pembersih..dari bodah jadi pandai..
2. Jalan Cerita Unik-Dadah blh buat korang jadi hebat
3. Konsep: Terbaikkkk
4. Pelakon- Super handsome kot sebab tu i suke hehe
Ape-ape pun ni just pandangan aku nak tau best ker tidak korang kenela tgk sendiri yer....Cer klik link kat atas tu okey...

Selamat menonton ^_~




Wednesday 13 July 2011

DreamGirls The Broadway Musical Sensation

Hi All....Semalam mase tgh stress settlekan keje tetibe dapat call from my housemate (Ms Nina tenkiew:) invite me to watch Dreamsgirls The Broadway Musical Sensation Preview...memule tu malas nak pegi since banyak keje takut tak sempat...setelah bertungkus lumus around 7pm keje dah settle..so aper lagi cepat2 ler begegas balik smyg maghrib then trus off to Istana Budaya...yahooooo!!! ^_~


Wow mase sampai  teruja beb...Mama Juwie pun ader okeh..Tiara..other artis & reporters...best giler !!!! kiteorang dapat sit best kire depan jgk la..betul-betul at the centre..superb la^_~  . Mase mule start tu meremang bulu telinga hehe  dengar Kris Coleman menanyi..meletopss...hehe tp yang paling x sangke tu bile dengar Cheryl Samad menyanyi....giles x sangker...hebat jgk.. tapi yang membuatkan aku paling kagum bile Dina menyanyi...kebabommmm giler meremang bulu roma..sedap gilerrr...ala meriah carey gitewww..hehe Tony Yusof..Oh My Gucci!!! tangkap cintan i kejap hehe..



So overalll mmg super duper best!!! korang mesti pg Istana Budaya ramai-ramai tgk derang stage dreamgirls..berbaloi--baloi...hehe







Tuesday 12 July 2011

My Latest Korean Drama~Lie to Me


An Nyung.....!!!

So korang mesti ramai yang minat Drama Korea Kan? So kat sini aku nak kongsi dengan korang my latest favorite Korean drama ~~ Lie to Me 

Drama Ni baru keluar this year tau..saper2 yang pernah tengok Coffee Prince mesti kenal heroin cerita ni:)

Selamat Menonton ~_~

Synopsis
Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she’s married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon’s ex-fiancée and a close friend of his brother’s, Oh Yoon Joo, reappears in his life.

Cast
Yoon Eun Hye as Gong Ah JungKang Ji Hwan as Hyun Ki JoonSung Joon as Hyun Sang HeeJo Yoon Hee as Oh Yoon JooHong Soo Hyun as Yoo So Ran
Ryu Seung Soo as Chun Jae Bum












Monday 11 July 2011

Meet Beautiful People in My Life

Tik..tok..tik...tok...menjelang 1 Ramadhan nanti aku akan genap berusia 28tahun..terasa baru semalam aku pulang dari sekolah..bergurau senda dgn kawan-kawan...membonceng motosikal bersama Hafizah...merangka pelbagai aktiviti dihari minggu...hidup penuh dengan gurau senda..terasa Taiping kami yang punya..chewahhhh!!

Ya Allah terima kasih kerana kau anugerahi aku 28 tahun yang sungguh bermakna...Kau temukan aku dengan orang-orang yg cukup indah hatinya...biarpun aku pernah menangis tetapi dengan kehadiran mereka tangisan itu tidak lagi kuratapi.....Mak dan Abah...along tidak dapat bayangkan dilahirkan menjadi anak orang lain....terima kasih diatas segala pengorbanan mak &  Abah..Adiinda-adinda ku yang tercinta...hidup along penuh warna dengan adanya korang....
(Ayahanda & Bonda tersayang)
(Nendaku tercinta~ permergian mu merupakan kehilangan ku yang terbesar...you are my angle..Ya allah Kau lindungi dan Rahmatilah dia di sana..aminnnn)
( Sukar sekali menyebut sayang..mungkin apa bila jarang di sebut-sebut "Sayang " menjadi lebih mahal dan bermakna:)
( Wajah-wajah kebahagiaan ku)
(siapa yang lebih nmpak mcm ibu kami?hehe)

(Nieday)
Norfarahiyah....my childhood frenz...ingat lagi tak peristiwa-peristiwa lucu diwaktu sekolah rendah??  Sampai sekarang aku takkan lupa...kita berbasikal dan aku hampir jatuh di tepi tong sampah berhampiran tilam busuk..kejadian nak ambil UPSR..x nak toleh punye pasal smpi sampah melekat dekat tayar pun redah jgk..kejadian kita jatuh bersame-same basikal dihadapan org ramai..kelakar kan? x dapat nak letak our pic coz album sume dah ilang...sowi yer farah:(

 Aminuddin. or Abg Amin..pertama kali aku kenal erti tabah melaluinya..pertama kali aku kenal apa itu azam..pertama kali aku kenal “tanpa usaha mimpi tidak akan jadi kenyataan”..nasihat-nasihatnya masih terngiang-ngiang di telingaku....persis seorang abang yang tidak pernah aku miliki..terima kasih..


(Rakan-rakan sekolah ku~My best frenz ever)

Emy mazlina...kenalan sewatu aku mula2 melangkah ke VADS..hatinya yg lembut ..mudah menitiskan air mata...sayangnya terhadap keluarga,org tercinta  dan kawan2 lebih dari diri sendiri...itula Emy yang ku anggap seperti kakak sendiri...Miliki jiwa yang cukup kental menghadapi musibah yang melanda..
Mas ayu...Nadira & Topek..korang mmg best...hapenning...tidak pernah sehari kita bertemu tanpa gelak & tawa..you have made may day

(Ermawati tudung purple bersama-sama dengan rakan sekerja di TMCC Tpg)

 Ermawati dan keluarganya...tidak dapat kugambarkan perasaan mengenali Kak Ema dan keluarganya...Kak ema yang lembut,baik hati,penyayang...Mama yang peramah,takkala berbicara senantiasa ketawa..penuh dengan kata-kata nasihat...Papa yang tidak pernah lekang dengan senyuman..Kak Long ketua keluarga yang penuh dedikasi dan mesra...Ayu dengan cerita-cerita lucunya..dah si bongsu yang manja....dannnnnn..tidak luper my beloved Iki..dah besar pun..bile la mama as nak jmp die nie...

(Rakan-rakan TMUC yg happening)

My beloved housemate..i felt i've been bless...meeting such a beautiful people...Cik sall, Pn Hanie..Cik Zun..Nina...Hanie...Miera...Ijan & Hidayah...giler best dapat kenal dengan korang..hari-hari rase tak sunyi...aktiviti-aktiviti sume best...Sayang korang:)
(Genting)

(Kak Hanie wadding)
Officemate yang happening...best sgt2:)

(Syarifah & Suria--Gorgeous kan?hehe
(Ruby & sebelahnye Idzmir, Aku, syarifah, Siti & Shikin)


(Farid, Hajar, Syarifah, Zek,Aku & Ina for Zek farewell)
(Sally, Hajar & Anak-anak nya on our trip to langkawi)
(Izack & Aris~ best fwenz)


New People i meet..melalui kawan-kawan aku dapat kenal beberapa kawan-kawan baru...semua baik2 and mesraaaaaa:)
(Cameron trip with staff UPM)
(Zek & Wanie)
(Rumah terbuka Imam Muda)

(Celebrate burfday Fizah wif Mat Lea n...anak angkat derang hehe)

Actually ramai lagi yang x dapat nak cerita disini..tp sepanjang 28 tahun ni...alhamdulilah semua yg aku jumpa &  kenal adalah baik-baik, mesra & happening..thanks Korang:)

C.I.N.T.A

Saper yang tak pernah bercinta cer angkat tangan?? 
Tipula kalu tak ader kan? Aku pun  penah jugak..tp maleh nk cite dah x sampi ke situ nak buat mcm mane kan?kepada si dia semoga gembira & bahagia selalu..Mencintai x semestinye memiliki..kita akan rasa bahagia bile org yg kite syg menemui kebahagiaanya...betul tak? Yg lepas biarkan lepas betul tak..sekarang ni saya suka awak...siapa??awak la...mendengar nama awak pun saye dah hepi..ni kan pulak kalu dpt ckp dengan awak..lagi la berbunga-bunga..ibarat tido tak lena mandi tak basah.....chewahhhhh....I misshhhh yueee  Encikkkkk Fahrin Ahmad...hehehe 


Sunday 10 July 2011

Cer Cite..Cer Cite...

   Siape aku???hehe menurut kate mak name aku  (Siti Asliza Abidin) abah yg kasi..betul ker bah?? Hehe Dikalangan keluarga aku dikenali sebagai Kak Long la...Cik Long la..Yong la ..Kok Long Pun aderla ( ni pak tam srg jer yg panggil..mmg x approve) hehe..tp dikalangan Kawan-kawan aku dikenali sebagai As...Ask for More !!!Opsss.. teringat usikan seorang kawan aku waktu dibangku sekolah dulu..kreative betul tag line tu blh berada dimana2...papan hitam..notice board belakang kelas..bangku...meja...lengkap dgn alamat & no tel rumah..Ishhh...ishhhh...awak ingat lagi tak??hehe


 ( Ni Pic skolah aku..rase form 4 kot..cer cari mane satu aku hehe)

     
     Pengalaman dibangku sekolah adalah pengalaman yg cukup manis buat aku..mengenali rakan baik ku Aishah,Hafizah, Ishlahudin, Firdaus, Shahdan, Fazli, Siti Zaleha....Bestnye dapat kawan mcm korang!!! Sungguh tak sangka persahabatan lebih 13 tahun masih lagi utuh...tradisi menziarahi musim raya masih lagi berjalan mcm biase...agak2 tahun ni mcm mane yer kawan-kawan?


( wajah-wajah ceria beraye umah Leha)

(Tradisi diteruskan singgah umah lat makan ketam hehe)

              Dikalangan semua kawan-kawan ku aku selalu jer panas dengan si Firdaus...actually dari sekolah rendah lagi dah ader perang dingin dengan die..ntah mcm mane sekolah menegah satu sekolah la pulak and jadi best fwenz..walaupun kite selalu berangin..tp kejap ker kan??kan??hehe ..Perkara yang paling aku kesalkan adalah tak pergi Majlis Pertunagan die...Ampun Firdaus...ang kawin nanti km amik cuti!!!promiseee..Peaceeee..

           (Beraye umah Echah~~Firdaus da spackey wif Fazli)

          Kawan aku yg senantisa ceria and tak lekang dengan ketawa adalah Zaleha...Ling..Ling..dah ader anak 3 tp ttp maintain kurus...tak macam aku yg makin “kiut” ni..Leha..anak-anak you cute la..booking buat menantu yer..hehe

(We at Khalilah Wedding)

    Aishah kawan aku yg paling Lawa...ececehhh....jangan kembang sudeyyy..hehe baik hati, pendengar yg baik...tingat mase skol dulu..nak tepon die punye payah...pak sarjan die manyak garang woooo...nak tepon i kene bace doa dulu okeyyy...hehehe  rase nk cite sume ni x cukup chah..kite simpan sket dulu hehe


                 Hafizah...makcik ni peramah giler..sesuai la jadi librarian...saper yg br kenal suke la nk buat kawan...ajak kawin pun ader kot..eleehhhh jangan kaber sgt Cik PIzah..betulkan? ni la kawan i yg paling sincere kasi komen..walaupun mkn dalam..kene telan jgk beb..actually same la jgk echah kalu derang dah start bersatu..kejut perut mak hehe...syg korang sgt kebabommmm..hehe


                     (post ayu ker Cik Pizah)       


      Dikalangan kawan2 lelaki aku Shahdan a.k.a Lat paling pendiam...kirenye kalu buku nota 150 muka surat tu kalu tuleh perkataan yg die ckp tu rase ader byk lagi kot yg kosong...hehe...Selalu die balas dengan Senyum Manis die jerrrr....ehhh lat dah ader perubahan larrr...dah pki spek....nampak macho..hehe

(On da way nak pg umah Leha..sempat lagi ek posing hehe)


     Ishlahudin...time skoll dulu terkenal dgn kenakalan..kekelakaran +idea2 kreatif die nk usik org or nk kapel kan org....bile dah berumur ni katenye..menjadi pujaan ramai betul kan?hehe kirenye  calun menantu fofula la katekan..ececheh..sogan ker? Eh silap time belajar dulu pun ader gak yg gaduh berebutkan die....i saksi okey..hehe  skrg i pun same..opssssss...gurau jer ek

 (Dah ader gayer tu jadi ayah..bile lagi korang??)


Rase kalu nak cite smpi esok x habis..13 tahun nye cite la katekan..nanti i update lagiii...


Sayang korang.......