Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru Cikgu Latifah!!!


Semperna hari guru hari ini..aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat  Cikgu Latifah...

Beliau sangat dekat dihatiku. Barangkali kerana tempoh masanya yang agak lama dengan kami dan ketika itu masih seorang guru biasa. bagi yang kurang mengenali mulanya akan mudah melihat arwah sebagai seorang yang 'garang', tetapi kalau dah kenal lama akan terasa arwah sebenarnya tegas, tetapi 'lembut di dalam' dan mengambil berat.
Masih ingat lagi suatu pagi Cikgu Latifah memanggil-manggil aku yang ketika itu sedang berjalan-jalan di koridor.

“Asliza!Asliza!” jerit cikgu latifah
“Yer Cikgu!” sedikit cuak tiba-tiba
“Nah” diberinya aku cebisan kertas yang telah dilipat-lipat dengan kemas. Aku pun dengan rasa hairan membuka cebidan kertas itu.
“Happy Birthday Asliza!!!!” terus aku menjeritt kegirangan.
“Cikgu hadiah tak ada ke??” Cikgu Latifah tersengeh seraya masuk semula ke kelas. 
Itulah pertama kali dah terakhir seorang guru mengucapkan Happy Birthday pada aku.



          Untuk pengetahuan semua 2 tahun berturut-turut aku terpilih untuk menwakili sekolah ke perhimpuan Kadet Remaja Sekolah (KRS) peringkat kebangsaan tahun 1998 dan 1999. Dan orang yang telah memilih aku adalah Cikgu Latifah!!!! Seperti yang aku sendiri sedia maklum aku bukanlah begitu hebat berkawat..kadang-kadang kaki dan tangan same jer ke dua-dua ke kiri dan kanan..dah la tak berape nak cukup inci...aktiviti lasak???lagi la aku paling lembik tapiii..aku dapat mewakili negeri..bila aku utarakan pertanyaan pada Cikgu Latifah..

"Cikgu kenapa cikgu pilih saya? sebab saya ni tak macam pelajar-pelajar yang lain yang hebat-hebat"
"ermmm sebab saya suka awak!!!"

Ha??sebab Cikgu Latifah sukakan aku jer?? ermmm xper la...ape pun terima kasih cikgu untuk pengalaman yang sangat berharga tu..seronok sangat berkenalan dengan kawan-kawan dari perbagai negeri seluruh malaysia.

Actually banyak kenangan aku dengan cikgu Latifah termasuklah dia pernah tertinggal aku sewaktu latihan kayak di taman tasik taiping. Abah terus ke rumah Cikgu mencari ku. Kelakar bila abah bercerita Cikgu latifah menjerit
 " alamakkkk saya tertinggal dia!!!"
sebabnya die terlupa nak ajak aku balik sekali aku pulak leka time tu hehe..nasib Cikgu Wan sudi tumpangkan..tak per cikgu saya tak marah tapi nak ketawa bila  cikgu boleh terlupakan saya..hehe

Dah lama aku teringin untuk bertemu dengan beliau tetapi tidak kesampaian. Apabila Khalilah (Kelly) rakan sekelas aku dulu memberitahu Cikgu Latifah akan hadir semasa kenduri kawin dia nanti bersemangat aku untuk bertemu dengannya..tapi sayang tak ada rezeki...terus aku tanyakan pada kawan-kawan no tel Cikgu dan  terus menghubunginya...rasanya itulah kali terakhir aku mendengar suara Cikgu Latifah.

Namun,Tuhan lebih menyayanginya tak ku sangka berita yang aku dengar tentang kemalangan jalan raya pada 9 Julai 2010 " Pengetua Sekolah Terbunuh dalam kemalangan ke Taiping" adalah Cikgu Latifah!!!!!!! aku sangat terkejut dan sebak...even bila terkenangkan Hari Guru hari ni aku menagis terkenangkan Cikgu Latifah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....Al-Fatihah~~



~The life given us by nature is short, but the memory of a life well spent is eternal~


No comments:

Post a Comment