Lemon OH Lemon
Effecive 2nd June aku dapat "clik" baru.. Kak Siti Rohaya tersangat la peramah
& mesra..dalam banyak2 perbualan kiterang aku tertarik dengan tips hirisan Lemon
campur dengan air suam..di minum setiap hari untuk kesihatan
dalaman....serta pelbagai khasiat yang lain menarikkan? bileh kurus ni hehe
so starting last week lagi aku dah sibuk minum air lemon ni..memang tak ada masalah untuk "pembuangan" selesa and lancar gitewwww hehe..tapi aku upgrade sikit everyday aku tambah sedikit madu untuk tambahan khasiat dan rasa hehe..
Jom kita usha-usha ape khasiat air lemon ni?
JOMmmmmmmmmmmm!!!! ^_^
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium
(potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan
demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah
dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur
sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu,
perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang
menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi
di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid
semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu,
keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang
sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang
diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya
mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali
di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian,
bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar
kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat
di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang
tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin
yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak
diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing
dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik)
. Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air
kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik
dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari
terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air
lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk
membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang
keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan
automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang
menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul
jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus
mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress
Nak kulit cantik x???nak kurus x??So ape lagi ???jom same-same kita amalkan gaya hidup yang sihat!!!!ngeeeeee (^_^)
No comments:
Post a Comment