Monday 23 January 2012

Apa itu Law of Attraction?? Jom sembang-sembang? ^_~

Dah lame rasenye tak jadi penumpang sejak dah pakai kete ni so kelmarin  adalah antara perjalanan aku sebagai Co pilot buat cik Izahafizah  ^_~ Menempuhi perjalanan yang lama berserta hujan renyai-renyai...sangat menarik!!! tambah-tambah si comel darwisyah pun ade..banyak yang kami bualkan tp..dlm banyak2 cerita  aku tertarik dengan cerita kwn aku tu pasal " Law of Attraction" 
          Bagaimana seorang cikgu yang terpaksa mengajar kelas fizik berhadapan dengan pelajar-pelajar yang sgt 'lemah'.  Tetapi, berkat kesabaran dan kreativiti Cikgu tersebut pelajar-pelajar tersebut lulus cemerlang dalam matapelajaran fizik!bahkan sekolah tersebut menjadi sekolah terbaik bagi matapelajaran itu! 
Persolannya Bagaimana??? 
Cikgu itu telah menggunakan pendekatan "Law of attraction"untuk bermain dengan ‘minda separa sedar pelajar-pelajar tersebut’.Setiap pagi sebelum memulakan kelas beliau akan meminta pelajar-pelajar tersebut memejamkan mata meraka....bayangkan mereka berada didalam dewan peperiksaan dan berjaya menjawab semua soalan dengan mudah. Bayangkan yang mereka telah lulus cemerlang dalam SPM...perberbuatan itu dilakukan setiap kali sebelum kelas dimulakan.


Hebat bukan Law of Attraction?


          Jadi aku pun membuat sedikit research di internet berkenaan topik ini. Kebanyakanya menceritakan tentang sebuah dokumentari yang bertajuk "The Secret" yang di adaptasi dari buku yang bertajuk The Secret hasil nurkilan Rhonda Byrne's



Apa itu Law of attraction (LOA)?
Law Of Attraction member respon pada emosi seseorang itu.Emosi pula cepat dipengaruhi oleh perkataan-perkataan kita iaitu perkataan yang ada di minda, di hati, di fikiran dan di jiwa. Perkataan yang banyak kita ulang-ulangkan akan membangkitkan bayangan minda yang tertentu, membuat kita membayangkan sesuatu Bila kita membayangkan sesuatu, kita akan terdorong membayangkannya disertai alunan emosi, diselang-seli dengan perkataan-perkataan di dalam hati. 
Untuk membuat LOA respon pada kemahuan kita, maka kita perlulah SELALU
  • Membayangkan kemahuan kita itu
  • Bercakap mengenainya 
  • Berfikir mengenainya 
  • Mengimajinasikannya  
  • Berbincang mengenainya 
Kesemua perbuatan tu membuat minda kita terarah kepada apa yang kita mahu.
Ia akan mendominasi fikiran kita. Apa yang kita banyak fikirkan, banyak kita cakapkan, banyak kita bayangkan, itulah yang ditarik datang pada kita tanpa kita sedari.

Namun, Relevant kah LOA untuk orang Islam??
Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron.  Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.   Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.  Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.



Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:


"Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
 Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.  Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.  Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.
          Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.  Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA. Sesungguhnya, ISLAM 'is the way of life'. dengan kehendak ALLAH segala yang kita fikirkan inysAllah akan terjadi dengan izinNYA.
          Kita sepatutnya menjadi insan yang sentiasa positif.  Walau apapun cabaran dan kesusahan yang menimpa, hadapi dengan tenang dan redha kerana kita sedar bahawa tindakbalas kita akan menentukan apa yang kita terima.
          Semoga kita semua diberi hati yang bersih supaya dapat mengingat dan mengamalkan semua ilmu ini sebaik-baiknya  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Menyempurnakan Hajat.

Selamat Mencuba!!! ^_^


P/s:Ada sesorang suggestkan sebuah buku yang menarik..untuk lebih lanjut marilah kita dapatkan buku tulisan Rusdin S. Rauf tentang "Quranic Law of Attraction"








No comments:

Post a Comment