Hi Korang..di sni nk kongsi sikit dengan korang...airtangan aku sendiri..x tau la korang suke ker tidak..cer bace and komen kay...
~~Cint@ Jangan KAU pergi~~
Cinta jangan kau pergi…dendangan Dato Shiela Majid.Bait-bait lirik itu mengingatkan aku tentang dia. Terasa bagaikan baru semalam pertemuan itu. Adam Iskandar, agak menjengkelkan pertama kali bersua namun, hatiku jatuh cinta bila semakin lama mengenalinya. Pertemuan pertama pada pagi yang bersejarah padaku cukup mencuit hati.
Siapa sangka akhirnya aku berjaya mendapat tempat di universiti yang aku dambakan selama ini. Tambahan pula disinilah papa dan mama melanjutkan pelajaran, berkenalan, bercinta dan akhirnya mendirikan mahligai bahagia. Hasilnya, lahirlah aku penyeri hidup mereka.
“Mama..papa…Pia janji akan buat yang terbaik!” dengan wajah yang ceria dan penuh keyakinan aku melangkah masuk ke dalam University.Benar kata kawan karib ku Aisya “Hidup harus di teruskan…sekali kehadapan jangan sesekali kembali berpaling ke belakang!” alhamdulilah peristiwa itu tidak melemah dan mematahkan semangat ku. Aku berjanji pada diriku aku akan menjadi Sofia yang baru berani dan tabah! “You can do it Pia!!” seraya tersenyum ibarat kerang busuk .
Sedang aku mencari dewan kuliah…. “Yang mana satu ni?erm..dah lima kali aku perpusing-pusing dekat sini! dewan semarak..err..bukan…erm…mungkin depan tu agaknya” tiba-tiba tak semena-mena aku terlanggar seorang pelajar.
“Eh awak ni jalan tak nampak orang ke?’
“Erm…maaf!” ucapku terkebil-kebil sambil mengutip semula buku.
“Ceh garang betul!” ngomel aku.
‘Eh, itu buku saya!”
‘Opsss maaf! nah! nama saya er..!’ belum sempat aku memperkenalkan diri pelajar tersebut telah berlalu pergi.
Akhirnya aku bertemu juga Dewan kuliah yang dicari-cari. Sedang aku meliarkan pandangan mencari tempat duduk, tiba-tiba pandangaku terarah ke satu sudut. “Ehh macam kenal je budak tu!alamak nak buat macam mane nih?die tengok aku mcm nak telan jer!!aduh malunye”kataku perlahan seraya melemparkan senyuman kelat kepada pemuda tersebut.
Memandangkan semua tempat telah penuh maka aku terpaksa duduk dibahagian tengah yang kebetulan betul-betul dibarisan belakang budak yang aku langgar tadi.Sedang aku berusaha memboloskan diri mendapatkan tempat duduk ntah bagaimana beg yang aku sendeng dibahu terkena kepala mamat yang aku langgar tadi.
“Hoi! Kau memang sengajakan nak buat macam tu?tak puas hati pasal tadi?”tegur Adam dengan nada yang sedikit tinggi.
‘Sa…sa..saya..tak…sengaja!maaf!” kata ku sedikit gugup
“Maaf!maaf! ish..geram betul aku!kau tunggu kejap lagi!” getus adam dengan nada mengugut.
“ Adam Iskandar!awak ni tak habis-habis nak buat hal dalam kuliah saya!habis kuliah jumpa saya! Tegur Prof zainal.
“Erm..baik Prof” ucap adam perlahan sambil memberikan pandangan yang cukup tajam terhadapku.
Insiden perlangaran yang acap kali berlaku membuatkan Adam sangat membenci ku. Kejadian semasa di kafetaria universiti paling tidak dapat aku lupakan. Dengan lagak yang bersahaja dan penuh keyakinan aku membawa semangkuk mee kari. Aromanya cukup menyelerakan tak sabar rasanya untuk aku mengisi perutku yang meronta-ronta sejak dari pagi lagi. Ntah bagaimana sedang aku bergerak laju menuju ke ruang makan tiba-tiba muncul seekor kucing.Aku menjerit ketakutan! dan dengan tidak sengaja aku melemparkan makananku mengenai tepat ke atas kepala adam yang kebetulan duduk di meja hadapan .
Kemudian, takkala menonton perlawanan bola sepak universiti.Tiba-tiba, “GooooLLLL!!!!!Aku bersorak keriangan hingga terlupa popcorn diatas ribaanku terjatuh mengenai penonton dibarisan bawah iaitu Adam!!! Aduh!!! dan seterusnya hingga aku sendiri tidak punya jawapan kenapa acap kali mesti dia menjadi mangsa sikapku yang ‘clumsy’ ni. Sejak itu, hidup aku tidak pernah sunyi dengan idea-idea kreatif Adam untuk mengenakan aku.Walaupun pedih akan tetapi cukup manis untuk dikenang.
“Hoi Minah senget!” Itula gelaran yang diberikan Adam kepada ku, tambah memarakkan lagi api kebencian antara kami.
“Kau nak ape Adam sewel????”
“ Ape yang melekat kat belakang kau tu?” kata Adam ketawa terbahak-bahak bagai nak terburai isi perutnya.
“Kenapa kau tak habis-habis nak cari pasal dengan aku” jerit ku seraya meraba-raba belakangku. Kelihatan seperti…
“Taik kambing!!!bekkkkk..bekkkk!’jerit Adam ketawa bersama rakan-rakanya.Tanpa berlengah aku sapukan ke muka Adam. Baru puas hatiku.biar sama-sama terkena! Pertengkaran demi pertengkaran yang berlaku hinggalah satu hari aku dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga hasil idea kreatif adam. Menurut kata teman baikku Emy, seminggu aku koma akibat insiden itu.
Sejak itu, saban hari aku menerima kunjungan Adam.Biarpun aku tidak mahu bercakap dengannya,dia tetap datang tanpa jemu. Mungkin kerana rasa bersalah yang bersarang atas kejadian yang menimpaku. Pelbagai cara yang cuba di lakukan Adam untuk memohon maaf dariku dari menghantar kad memohon maaf ,buah,bunga, makanan dan macam-macam lagi.Kadang-kadang dibacakan surat kabar untukku biar pun aku tidak menoleh kearahnya.Tanpa disedarinya aku turut tersenyum dan tertawa takkala dia cuba meniru gaya Abu Bakar Atan membaca berita sukan. Sungguh lucu tersekat-sekat ibarat kanak-kanak baru bertatih membaca buku .
Ntah mengapa sejak itu aku mula rasakan sesuatu yang aneh.Aku mula rasa rindu dan resah pabila satu hari aku tidak menerima kunjungan Adam dan perasaan itu kembali berbunga-bunga takkala Adam muncul keesokkan harinya.
Siapa sangka insiden itu akhirnya membenihkan bibit-bibit cinta antara kami. Aku mula mengenali Adam yang baru. Sikapnya yang lembut,perihatin dan penyayang berbeza sama sekali dengan Adam yang pernah aku kenali sebelum ini. Tanpa disedari cecair jernih membasahi pipiku. “Sofia, sudah la tu jangan di kenang lagi!”
‘Err…tak mengapa Fiza erm aku okey’ucapku seraya tersenyum kelat.
********
“Tanpa keberanian mimpi tak akan jadi nyata” akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali kesana bukan lagi sebagai penuntut tetapi sebagai pensyarah baru di sana. Biarpun sukar aku perlu tempuhinya.Sebelum berangkat ke Kota aku ziarahi pusara Adam. Ku hadiahkan bacaan yasin buatnya. Air mata ku mengalir lagi “selamat tinggal sayang!”
Setelah menempuhi perjalanan yang memenatkan akhirnya aku kembali lagi kesini. Sengaja aku datang seminggu lebih awal supaya aku dapat menikmati suasana kota dan universiti yang telah hampir 5 tahun aku tinggalkan.
“ Erm…tak faham la kenapa Adam suka sangat Pia!’perli Adam
“ Nak kata cantik..lawa lagi Erra Fazira! Idung penyet!” seraya memicit hidungku.
“ Kalu macam tu pergi la kawin dengan Erra!”getus ku seraya mencebikkan muka.
“Tengok tu belum habis lagi Adam cakap dah nak merajuk. Nak tau ape yang buat Adam berkenan sangat?”
“Ape?”
“Walaupun Pia tak cantik seperti Erra Fazira,putih persis Zizie Ezetty tapi Pia manis,suka buat Adam tertawa dengan sikap kelam kabut Pia tu, lurus bendul dan…”
“Dan?”
“ Bila adam tatap wajah Pia yang comel ni hati adam rasa damai sangat” seraya tersenyum.
“Eleh tipu!”
“Kenape? tak percaya?nak Adam petikkan bintang untuk Pia pun Adam sanggup tau”
“Kalu mcm tu petikkkan Pia bintang yang paling bersinar ermm…ha..Pia nak yang itu” kata ku seraya menudingkan jari ke arah bintang yang paling bersinar malam itu.
“Ok princess,yang dihujung sane tu ye? tengok ni ok?” dengan lagak seperti memetik bintang. Tiba-tiba dari genggaman tanganya muncul seutas rantai dengan loket berbentuk bintang dan bulan.
“Wah cantiknya!!untuk Pia ??” teriak ku keriangan
“ Untuk bakal suri hidup Adam” kata adam dengan penuh senyuman.
“Terima kasih Adam” sebak seraya memeluk adam.
“Pia ibarat bintang dan Adam adalah bulan yang akan senantiasa menerangi hidup Pia!jaga baik-baik rantai ni ye sayang” ucap adam sambil menggengam erat tanganku.
Suara azan yang berkumandang menyedarkan aku dari lamunan. Tanpa sedar air mata ku kembali berkaca. Ku kucup rantai pemberian adam.
**********
Hari pertama aku di universiti sedikit kelewatan. Semuanya gara-gara chatting dengan Aisha hingga larut malam. Tambahan pula, aku terpaksa menaiki teksi memandangkan kereta ku rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel sejak kelmarin.
“Teksi!” belum pun sempat aku memboloskan diri muncul seorang lelaki dan terus masuk ke dalamnya.
“Maaf rasanya saya yang tahan teksi ni dahulu!”
“Owh ye ke? Tapi saya masuk dulu” kata pemuda tersebut seraya tersenyum.
“Mana boleh macam tu saya yang tahan dulu!baik encik keluar sekarang!’
“Maaf ye Cik adik,saya dah lambat ni! Pakcik sila jalan!” kata pemuda tersebut tersengeh seraya melambai-lambaikan tangannya.
“Eeee…geramnye!” jeritku.
Walaupun sedikit lambat akhirnya berjaya juga aku sampai ke Universiti Malaya dengan selamat.Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.
“Adam…Pia dah tunaikan janji Pia!”kataku sedikit sebak. Terbayang wajah Adam yang tersenyum segak.
“Kenapela aku menyewa apartment yang tinggi ni nasib ade lif kalu tak mau bengkok kaki aku ni panjat tangga sepuluh tingkat” getus ku sendirian
Takkala pintu lif hampir tertutup tiba-tiba..
“Tunggguuuuuuuu!” muncul kelibat seorang lelaki.
“Terima kasih” kata pemuda tersebut seraya tersenyum memandangku.
“Awak!” kata kami serentak.
“ Tak sangka kita jumpa lagi!macam ada jodoh pulak kan?”kata pemuda tersebut.
“Huh..!” kata ku sambil melemparkan senyuman kelat.
“Nama saya Adam Denial! Awak boleh panggil saya Addy!awak?”
“Perlu ker saya beritahu?” kata ku seraya berlalu pergi meningalkan Addy terkebil-kebil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Pagi tadi sikit punye kerek sekarang nak berkenalan pulak!pe…lezzz!” getus ku sendirian.
Hari ini aku membuat keputusan untuk bersenam di Taman Tasik titiwangsa. Sudah lama rasanya aku tidak melakukan aktiviti riadah.Aku lewati tempat kegemaran kami,sebuah bangku usang mengadap tasik, bersebelahannya terdapat sepohon pokok di situ. Semakin besar pokok ini masih ingat lagi masa mula-mula Adam dan aku tanam pokok ini takkala mengikuti program bumi hijau anjuran universiti.
“Pia ingat tau ini pokok kita!” seraya mengukir Adam sayang Sofia pada batangnya.
Masih utuh lagi sentuhan tangan adam “Pia sayang adam!” ucapku sedikit sebak.
Aku meneruskan larian ku tiba-tiba…
“Hai Cik tak ada nama!”tegur Addy
Menyebuk aje!! getus ku meneruskan larian tanpa mempedulikan Addy yang terpinga-pinga.
“Kenapa la aku asyik bertembung dengan mamat tu aje? Rimas betul!” getusku
Akibat tergesa-gesa ingin melarikan diri dari Addy dengan tidak sengaja aku terlanggar akar pokok dan terjatuh.
“Aduhhh!sakitnya!!harap-harap die tak nampak la malunye..”seraya memandang sekeliling.
********
Sudah seminggu aku mendapat kiriman bunga dari peminat misteri. Yang bertambah peliknya setiap jambangan bunga beserta kad berbentuk bintang serta puisi-puisi indah tanpa nama pengirim. Bila ditanya pada penghantar bunga jawapanya “saya pun tak tau kak, pengirim order online!”
“Bertuahnye kau sofia, hari-hari dapat bunga akak ni sekuntum pun my sayang payah nak bagi” Kata Kak Salmah pensyarah senior di UM.
“Bertuah apenye kak,ni bala namanya!main sorok-sorok macam ni naik rimas saya rasa.kalau akak bekenan ambik la bunga-bunga ni bawak balik dah tak kuasa saya, pejabat dan bilik saya dah penuh dengan bunga!” kata ku sedikit geram.
Seperti biasa aku bertembung lagi dengan Addy di dalam lif. “Hai, jumpa lagi kite nampaknya!” kata Addy tersenyum gatal.
“Ntah-ntah awak ni yang suka ikut saya kot kemana saya pergi ade jer awak!” tegurku sinis
“Eh, awak ingat tempat ni awak yang punya ke?orang gila jer yang nak ikot pompuan senget macam awak ni!”
Dah tak siuman agaknya mamat ni, sengaja nak memanaskan hati aku yang dah sememangnya mengelegak sejak insiden tempoh hari.
“Encik Addy, saya rasa awak yang dah gila!awak cakap saya perempuan senget?awak tu….” tiba-tiba lif terhenti dan lampu terpadam.
“Ha awak punya pasal la lif ni tiba-tiba rosak” getus Addy.
“Tolong!tolong!”jerit ku.
“Yang awak terjerit jerit macam orang gila tu kenape?tekan ajela loceng kecemasan tu kejap lagi datang la orang tolong kita!” tegur Addy.
Aduh macam mana ni? kaki ku yang terseliuh akibat tersadung akar pokok tempohari masih terasa dah tak sanggup berdiri lama lagi ni.
“Kalu dah sakit kaki bukak jela kasut awak tu!kemudian duduk!” ait macam mana die tau pulak ni?die nampak ker aku jatuh haritu?aduh!!malunye…”
Berbekalkan bateri handphone yang masih bersisa aku gunakan untuk menerangi suasana yang suram.
“Kenapa?awak takut saya apa-apakan awak ker?” tegur Addy
“Ye la mana la tau awak ni perogol bersiri ker kan?”
“Muka hensem macam ni awak cakap perogol bersiri? Tapi jangan bimbang kalau pun saya berniat macam tu tak berselera pun saya tengok awak!” getus Addy dengan nada yang sinis.
“ Ha baguslah macam tu.”Tiba-tiba pintu lift kembali terbuka. Aku memanjat kesyukuran dan bergegas pulang ke apartment ku tanpa menoleh kearah Addy yang terpinga-pinga memandang ku .
*********
Hari ini genap 5 tahun pemergian Adam. Masih segar diingatan ku peristiwa malam itu…
“Pia janji tau tunggu adam di tempat biasa”
“Kenapa?tak boleh ker kita pergi sama-sama”
“Adam ada hal sikit.Pia tunggu jer di Restoran Kunang-kunang tu yer kejap jer..Pia kira sampai 200 mesti Adam sampai”
“Banyaknye 200 tak boleh kurang sikit ker?”
“Ok seratus tapi kire lambat-lambat tau sayang”
“Seratus pun banyak lagi tu..”ngomel ku seraya mencebikkan muka.
“Sayang Adam tak? Tunggu kejap ye…”
“Baiklah busyuk!”kataku seraya memicit hidung adam yang mancung.
Aku menanti dengan penuh sabar seperti yang dijanjikan sehingga waktu menginjak ke pukul 12 malam.
“Maaf cik kami dah nak tutup ni kalau cik masih nak tunggu kawan cik tu baik cik tunggu di luar” tegur pelayan bernama Nina.
“Errr…baiklah…terima kasih!” ucapku sedikit kecewa.
Mane ni?janji sekejap je dah berpuluh-puluh sms aku hantar dan berkali-kali aku cuba mengubunginya tapi gagal. Tiba-tiba dari jauh kelihatan kelibat Lan teman sebilik Adam terkocoh-kocoh mendapatkanku.
“Sofia….sofia!”
“Ha kenapa Lan?kau Nampak Adam tak?”
“Sofia ape aku nak cakap ni harap kau bertenang yer..adam..adam…”
“Kenapa dengan adam Lan?”
“Aa..aa..adam kemalangan!”
Tiba-tiba aku rasakan dunia ku bagaikan gelap seketika.Aku menangis bagaikan histeria.
“Adam!jangan tinggalkan Piiiaaaaa..Pia sayang Adam…Adammmmmm...!!”tangis ku.
“Pia!Pia!bangun Pia! “kejut syarifah housemate ku.
“Banyakkan beristirafal dik!dah subuh pun ni!baik pia solat supaya mendapat ketenangan dari-NYA”
********
Perkara yang tidak disangka berlaku, pengirim bunga misteri tiba-tiba ingin bertemu denganku.
“Bermimpikah aku? Didalam kad tersebut tertera…
Dinner?? 8.00 malam 12 Jun restoran kunang-kunang.
Patut kah aku menerima jemputanya? Mungkin aku patut pergi sekadar untuk mengucapkan terima kasih pada pengirim itu.kata ku sambil berkira-kira..
“Kau benar-benar nak pergi ke Pia? Tegur Kak Pah
“ Sekadar untuk mengucapkan terima kasih mungkin”
“Tapi kau kan belum baik demam lagi tengok ni masih panas lagi badan kau ni”
“Tak pe kak Pah Pia ok, lagi pun jumpe sekejap jer”
Seperti yang dijanjikan aku melangkah masuk ke dalam restoran yang pernah menjadi sejarah buatku dan Adam. Terasa berat untukku kembali kesini. Seminit menanti bagaikan setahun kurasakan. Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiranku. Tiba-tiba seorang pelayan datang menghampiriku.
“Cik , Ini untuk Cik!’ ucap pelayan tersebut seraya menghulurkan sekuntum mawar putih dan sekeping kad berbentuk bintang buatan tangan. Pelik bagaimana dia tau aku sukakan mawar putih??? Siapakah dia? Sungguh cantik kad ni,kreatifnya! Aku beranikan diri membaca isi kad tersebut.
Air mataku bergenang….
“Teristimewa untuk Puteri Sofia Hana! Hadirmu ibarat bintang yang bersinar menerangi hidupku!Aku menyayangimu hingga hujung nafasku!”
Pelbagai persoalan menerjah fikiranku.Siapakah pengirim kad ni?kenapa?aku meliarkan pandangan disegenap inci restoran.
“Cik..boleh beritahu saya siapa yang berikan bunga dan kad ni?tolong la cik”kata ku merayu
“Owh..seorang pemuda!”
“Dimana dia?”
“Saya lihat die baru jer pergi tadi”
Aku berlari menuju keluar. Puas aku mencari-cari tapi hampa. Air mataku meluncur laju tidak tertahan.Tiba-tiba aku rasakan dunia gelap seketika…
********
Kau dah sedar Pia?
“Macam mana Pia boleh ada dekat sini kak Pah?”
Pia pengsan tadi ada seorang pemuda hantar Pia balik kalau tak salah akak Addy namanya.
Addy?
“Aah..baik budaknya Pia,handsome pulak tu macam Hans Isaac pun ade akak tengok!”
Bagaimana Addy boleh hantar Pia pulang kak?
Menurut Addy Pia pengsan berdekatan restoran kunang-kunang kebetulan dia pun makan di situ juga.
*********
Setelah seminggu aku kembali mengajar.Tiba2-tiba pandangan ku ter arah pada satu kelibat yang cukup aku kenali. Adam?Berkali-kali aku menggosok mata ku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Bermimpi kah aku?
“Handsome kan Pia?itula lecturer baru kita dah seminggu dia disini sejak Pia sakit tempoh hari.” Kata Kak Salmah
“ Errr ape nama nya Kak Sal? Asal dari mana?
“ Kalau tak salah akak namanya Fakhrul Shah. Asal tak pulak akak tau. Jomla akak kenalkan”
‘Errr ..nanti kejap kak”
“Ape pulak nak segan-segan!jomla” seraya menarik tanganku.
“Fakhrul kenalkan, ini Sofia salah seorang tenaga pengajar di universiti ni.Tempoh hari Cik Pia kita ni sakit sebab tula Fakhrul tak berkesempatan bertemu dengannya!”Ucap Kak Salmah
“Selamat berkenalan!”ucap Fakhrul lembut seraya menghulurkan tangannya .
“Pia..kenapa macam jumpa hantu jer ni sambut la salam En Fakhrul kita nih!”
‘Ha?errr…sa salam berkenalan..”ucapku perlahan seraya meniggalkan Fahkrul dan Kak salmah terpinga-pinga kebingungan.
Aku rasakan hari-hari yang kulalui bagaikan satu penyeksaan. Memandang Fakhrul membuatkan aku mengingati adam. Senyumannya, tutur katanya persis Adam. Kadang kala aku tersilap memanggilnya Adam. Namun dia tidak pernah menunjukkan riak seperti mengenaliku. Mungkin kebetulan wajah mereka serupa? telahku.
Hubungan aku dengan Addy semakin baik. Aku mula merasa senang dengan sikapnya. Baru aku tahu Addy kelakar orangnya. Selalu membuatkan ku tertawa dengan cerita-cerita lucunya.Kak Pah teman serumah ku juga turut menyenangi nya . Kadang-kadang kami berriadah bersama berkongsi cerita, siapa sangka Addy yang pada mulanya agak menjengkelkan rupa-rupanya pendengar yang baik, memiliki kebolehan memasak bubur yang sedap dan sangat perihatin. Buktinya takkala aku sakit tempoh hari saban hari dikirimkan bubur melalui kak pah untuk ku.
Hidupku yang suram kembali ceria dengan hadirnya Addy. Aku kembali belajar tersenyum dan ketawa. Ntah mengapa ingatan ku terhadap Adam juga kian pudar malah, kehadiran Fakhrul juga tidak lagi menbuatkan jantungku berdegup kencang biar pun acap kali kami bertemu di universiti. Mungkinkah aku mula menyayangi Addy? Aku sendiri tidak punya jawapanya.
*********
Sedang aku lewati barisan kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman aku terserempak dengan Ahmad si penghantar bunga. Niat dihati ingin menegurnya namun, langkah ku seakan terhenti takkala melihat kelibat Addy disitu.Kelihatan mereka berbual mesra takkala Addy menghulur sepucuk kad berwarna merah jambu kepada Ahmad.
Keesokkannya semasa Ahmad datang untuk meghantar kad tersebut aku berpakat dengan Kak Salmah untuk memaksa Ahmad bersuara. Akhirnya barulah aku tahu siapa pengirim misteri selama ini. Addy, yang tidak pernah terlintas difikiran ku.Tapi mengapa? Tanpa berlengah aku menghubungi Addy.
“ Addy, Pia dah tahu semuanya..kenapa addy buat semua ni?
“ Tau? Ape yang Pia cakapkan ni?”
“Ahmad dah bagitau segalanya pada Pia..Addy kan yang selama ini pengirim misteri itu?”
“ Maafkan Addy Pia!”
“Kenapa Addy?kenapa? siapa Addy sebenarnya? Kenapa Addy buat semua ini? Adakah Addy cuba untuk mempermainkan perasaan Pia dengan member harapan palsu?” tangis ku namun, hanya ucapan maaf yang mampu ku dengari dari Addy.
***********
Sebulan lamanya kami tidak berhubung.Sejak itu aku mula merasa sunyi ,rindu akan gurau senda Addy,cerita-ceritanya,masakannya. Lenaku juga tidak senyenyak dulu aku kerap mimpikan Addy malah aku dapat rasakan kehilangan dan keresahan yang aku sendiri tidak punya jawapanya. Satu hari aku menerima sepucuk surat darinya.
Pia,
Maafkan Addy, bukan niat Addy untuk menipu Pia..Addy tidak punya keberanian untuk memberitahu Pia siapa Addy yang sebenarnya. Setiap hari Addy cuba mengumpul kekuatan untuk memberitah Pia perkara sebenar tapi Addy takut kehilangan Pia dan hubungan mesra yang kita jalin selama ini.
Adam adalah sahabat baik Addy.Sejak kecik kami lagi kami berkawan baik malah kami sama-sama berkongsi suka , duka.Banyak yang Addy dengar melalui Adam tentang Pia yang membuatkan Addy ingin mengenali Pia yang berjaya mencuri hati Adam serta mengubah sikap nakalnya.Mungkin Pia tidak tahu jantung yang berdekup kencang tiap kali bertemu Pia sebenarnya adalah milik Adam. Sebelum Adam kemalangan, dia datang melawat Addy dihospital.Ketika itu keadaan Addy agak kritikal dan memerlukan pemindahan jantung segera. Siapa sangka gurauan Adam yang mahu memberikan jantungnya pada Addy menjdi kenyataan…
Pia….Addy benar-benar sayangkan Pia. Sejak mendengar cerita Pia dari Adam..Addy mulai menyukai Pia dan perasaan itu semakin bercambah takkala kita bertemu. Addy cuma mahu Pia menerima Addy seadanya tanpa dibayangi Adam. Tidakkan punya ruang untuk Addy didalam hati Pia? Addy yakin Pia juga berperasaan yang sama Cuma, Pia keliru dan tidak mahu mengakuinya.Cuba Pia pejamkan mata bukankah Addy yang Pia nampak sekarang?
Addy akan menanti Pia di restoran kunang-kunang malam ini.
Yang Menantimu,
Addy.
Jantungku berdegup kencang bagaikan meronta-ronta untuk menemui Addy. Benarkah apa yang aku rasa kini? Aku cuba tidak mengendahkan permintaan Addy, sengaja aku sibukkan diri dengan pelbagai kerja supaya aku tidak memikirkannya. Jam sudah menginjak ke pukul sepuluh malam aku memandang ke luar jendela tiba-tiba aku ingatanku kembali kepada kata-kata addy “cuba pia pejamkan mata bukakankah Pia yang Addy nampak sekarang?” Aku Lantas aku cuba pejamkan mata…memang benar bukan Adam yang aku lihat sekarang tapi Addy!!! Aku bergegas bangun dan melangkah pergi.
“Addy tau Pia pasti akan datang.” Ucap Addy seraya mengucup tanganku. Dihadiahkan buatku sekuntum mawar putih serentak itu berkumandang lagu dendangan Dato Shiela Majid…Cinta jangan kau pergi… kami saling berpandangan seraya tersenyum. Malam itu, tidak banyak yang kami bualkan cuma saling merenung satu sama lain dengan penuh rasa cinta. Aku dapat rasakan kehadiran Adam disitu, tersenyum seolah-olah merestui hubungaan kami.
~~TAMAT~~