Sunday, 7 October 2012

Challenge!!!!!!


Dah  lame tak menghupdate blog rase windu la pulak..hari ni genap seminggu challenge aku tanpa nasik..alhamdulilah takde pulak “craving” nak makan nasik sampai gastric kalu tak dulu x dapat makan nasik sehari mula la rase pedih perut..bile dpt kepal nasik then telan baru rase lega alhamdulilah...

Aku perlu kurus..yer sangat-sangat perlu bukan sebab ade orang challenge siap dengan reward yang hensem tapi sebab aku rase aku dah x fit mcm dulu, nak rase kembali bertenaga tambah pula baju2 banyak yang dah x muat dannnnnnnnn  jeles dengan mereka2 yang kurus dan happily berfesyennn!!!owh no sgt envy okey!!

Dulu aku x suke makan Oat..skarang terpaksa juga paksa diri telan..OMG sgt memual kan tekak tp bile dah mkn mmg rase kenyang sampai ptg....dulu pagi nasik lemak..tengah hari nasik ber lauk sekarang..capati menu tengahari aku..kadang Brunch ..walaupun buah hati sebuk mkn nasik n aku mkn capati x der pulak rase nk curik sesudu dua nasik die..hehe nasib aku ni peminat setia sayur so..boleh la selang seli menu dgn garden salad huhuu.. aku tau penyakit aku ni mmg payah nak turun berat..nak naik senang giler dlm seminggu boleh naik 5 kg...tapi x per kali ni kite start dengan control nafsu makan dulu hehe

Bersenam pada minggu pertama baru sekali aku buat..So starting esok aku akan mula bersenam lepas balik kerja..nak tunggu org teman mmg x jadi la jawabnye so kene sendiri la push diri..hope esok dan hari2 seturusnya aku x skip la bersenam hehe

Owh hamper terlupa..mesti ade yang tertanya2 kenapa aku tak try product pelangsingan jer? Hehe bukan x cuba semua dah cuba tp hampeh sebabnye bg org yang hormonye x stabil mkn la ape jgk product pelangsingan mmg susah nk turun berat..makin naik lagi ader..so disamping kawal nafsu mkn..tiap2 hari aku paki korset..siang n malam..bersama krim  susut perut sebagai penggalak..plus dengan exercise..kite tgk la hasilnye nanti yer..huhu..

One more thing 2 liter air sehari jangan dilupa....huhuhu

Saturday, 8 September 2012


Ku percaya CintaMU~~

Pernah seseorang berkata “Tuhan menguji hambaNYA kerana DIA sayangkan kita !” mungkin itu adalah ingatan supaya kita sentiasa mengingatinya..Hari ini aku diuji sekali lagi...Kata Doc terdapat 3 ketumbuhan didalam Rahim ibuku...rahim yang sama yang telah mengandungkan dan melahirkan aku..Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit ibuku..redakanlah kesengsaraanya..andai penyakit itu bisa KAU pindahkan...berilah kepada ku untuk menanggungnya...

Dunia berbeza~~

Berada dtmpt yg sama tp x kelihatan satu sama lain..
Byk yg ingin dismpikn tp x terluah..
syg satu sama lain..tp dimana syg itu? Sukar utk dirasai or diperlihatkan...
'silent' menjadi tmn setia...
Dekat tp terasa jauh...
Hati..ingin disentuh tp terasa sukar...
Ingin didengari tapi dihadapan bagaikan bayang-bayang...

Sunday, 1 July 2012


Breakfast oh breakfast

Hari ni breakfast makan ni jela  sedang berusaha nak avoid nasik sbb si dia cakap sy makin "gebu' psstt actually die x la ckp mcm tu sesaje jer nak kasik sedap hati wakakaka
(adiah from jue last month baru nk try skrg hehe)

tapi bile tgk pidture sendiri 2 taun lepas..hadoiiiii....saye memang perlu kurusssss Owh my gucci!!!




kan best bile nak tido sebut kurus...kurus...kurus 10000x da next day bangun tido terus kurus;p~

fighting!fighting! you can do it!!! huhuhu...

Friday, 22 June 2012


TM Group AW@RD NiTe 2012!!!



Menarik tertarik kau memang da boommm!!! Heheh itula yang aku mampu ungkapkan..memang best!!! Memula tu cuak jugak bile fikir kite srg jer yang kene pegi..tapi unsangkarable semua yang datang giler sporting..so tak jadi la nak control cun....semua have fun....bersemangat sume siap rehersal dulu nak sorak team..aku pun x kurangnye...tepakse la mengeluarkan suare emas menyanyi2..dah la ddk barisan depan sekali walaupun tak berape nk skill sangat goncang2 pom pom tu..hentam sajela labu..wakakakkk ;p~ 


 Tix to da show..RM700 okehhh wakakak..

 Free Mafla for alll 1TM United hoyehhhh^_~
  Time Rehersal sempat lagi post k..hehe
  Halalalaal..anak shaper ni???wakakakak
 Aku yang gedssss!!!;p~
 Fasli yang telah betukaq~Aummmmm!!!!huhu
 Say Cheese:)
  Akma & Sue yang maintain ayu..hehe
aku mcm biase ler...jgn bgtau bf i yerrr hehe
 Registeration timeeeeee!!
  Stacy pun ado yerrrr!! best performance..suare auuuu best!best!!1
 Team Lain yang dtg..sangat hefeninggg!!




 Our Food~ Yummy hehe
 Ni ler pemenang TM Idol..suare okey la...ala2 amy search giteww!!

Afdlin in da houseee!!! Giler kentang kelakorrr kau kau...if ade kapet kat bawah tu sure ramai yang nk gelak sambil guling-guling...Afdin u're da best!!!!!


last sekali aku balik dengan tangan kosong sob..sob..sob trip pg australia tu patutnye milikkkk kuuuuu!!! x aci...x aci....aci laaaaaa!!!!! waaaaaaaaaa T_T

Wednesday, 13 June 2012

Jom jaga kesihatan~_^


Lemon   OH Lemon 
Effecive 2nd June aku dapat "clik" baru.. Kak Siti Rohaya tersangat la peramah & mesra..dalam banyak2 perbualan kiterang aku tertarik dengan tips hirisan Lemon campur dengan air suam..di minum setiap hari untuk kesihatan dalaman....serta pelbagai khasiat yang lain menarikkan? bileh kurus ni hehe

so starting last week lagi aku dah sibuk minum air lemon ni..memang tak ada masalah untuk "pembuangan" selesa and lancar gitewwww hehe..tapi aku upgrade sikit everyday aku tambah sedikit madu untuk tambahan khasiat dan rasa hehe..


Jom kita usha-usha ape khasiat air lemon ni?

JOMmmmmmmmmmmm!!!! ^_^


Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress

Nak kulit cantik x???nak kurus  x??So ape lagi ???jom same-same kita amalkan gaya hidup yang sihat!!!!ngeeeeee (^_^)